Thursday, August 18, 2011

AMSTERDAM


cite karut hari ini bertajuk =cintaku di amsterdam=
haha..lawak x??
anyway...it is about my superduperbest bestfriend a.k.a boyfee aku. he is a manusia paling cool yg pernah aku kenal la. paling best. paling macho. paling di sayangi boss (dan aku). dialah kebanggaan aku, kecintaan aku dsb.

time berbuka puasa tadi....

a: awak da decide offer boss utk kerja dgn dia?
b: blom
a: hm..xpelah. awk boleh try cari pengalaman kt firm lain dulu...
b: tu lah..saye ingat nk pergi amsterdam

aku terdiam. tetibe nk menangis..hee...dlm hati 'mesti nk tinggal aku kt sini ni. menyampah btol lah....'

a: oh..baguslah..awk nk pegi betul ke baru plan saje?
b: baru plan....

ffuuhh...lega aku....

a: nanti mesti awk tinggalkn sy kt sini sorang2......

tarik muka. muncung sedepa....

b: sayebawakawakskali......
a: ha ape?
b: sayebawakawakskali......
a: ha ape?
b: saye    bawak    awak    skali......
a: huhu......

yeay...... >.< walaupon hanya angan2, tp aku sangat gembira....dia x pernah lupakn aku dalam setiap langkah hidupnya.....

dialah awan nano saye.....


p/s: waktu ni nano sy sedang bekerja...b, sy doakan semoga impian awk tercapai...sebab bolehla sy pg amsterdam nanti :P

Tuesday, August 2, 2011

6 principles of life

We don't really realize the sense and essence of life. By the time we realize, it is too late. Let's give it a thought!!!

6 PRINCIPLES OF LIFE

1· No point using limited life to chase unlimited money.

2· No point earning so much money you cannot live to spend it.

3· Money is not yours until you spend it.

4· When you are young, you use your health to chase your wealth; when you are old, you use your wealth to buy back your health. Difference is that, it is too late
.

5· How happy a man is, is not how much he has but how little he needs.

6· No point working so hard to provide for the people you have no time to spend with.

Remember this -- We come into this world with nothing,and we leave this world with nothing!

Sunday, July 31, 2011

masak



ni daging masak lomak cili api. aku yang masak..haa first time ni sebab selama 23 thn aku hidup x pernah masak lauk ni. neway, sedap juge~~ ngee....

ni kerabu mangga kosas. mangga ni amek kt blakang opis kosas, upm. tu pasai laa nama dia ada kosas kt blakang tu. kawan aku cakap x sedap. yelah sebab ni bukan makanan feveret aku. so aku xtaw sepatutnye rasa dia cmana....

ikan goreng yang comel. ni ikan kerisi. ade orang panggil ikan merah. sabar je lah~~

tempe sambal. kawan aku masak.weh x lari johor dengan tempenye...sedap!

ayam goreng


P/S: jadilah orang2 yang bersyukur atas nikmat Allah.....

Monday, April 4, 2011

the beauty of a marriage

SIFAT ROMANTIK RASULULLAH S.A.W :)
by Ibnu Nadzirin Al-Qodahi on Sunday, March 27, 2011 at 10:49pm

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.


Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.


Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.


"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~


Sumber: http://www.facebook.com/home.php?sk=group_193316497364159&view=doc&id=205021212860354

Sunday, April 3, 2011

ni aku kopipes dari tenet

saya dapat information ni dari seorg kawan d fesbuk. lepas google siket2 pasal IFC, sy terpanggil utk berkongsi. sejauh mana kebenarannya, Wallahualam...walaubagaimanapun kita boleh mengambil iktibar dr isu ini. ingatlah. kami generasi muda, berazam untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kami. hidup dalam himpunan harmoni.walau malaysian berlainan agama dan bangsa, haruslah hormat menghormati satu sama lain. hiduplah dalam garis panduan agama masing-masing. setiap agama mengajar kebaikan bukan kejahatan....

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!! Mufti Perak, Datuk Har...ussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia Antaranya: 1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara. 2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan . 3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam. 4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam. 5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam. 6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam. 7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar. 8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam. 9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka. 10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang. 11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara. 12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim. Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka! Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut) SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

bribe and human governance

"Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara" http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm



i am trying to come up with my own opinion based on my understanding. please correct me if i am wrong...



i don't want to comment about this article. i just want to share with the world about how to be ethical in many situation for the sake of others, not only for our self.

first thing is about the bribe or corruption.



it is difficult to differentiate between bribe, gift, entertainment and personal interest and others term used in this situation. how to determine whether it is a bribe or not. sometimes the things that are not material, we call it as 'duit kopi' or 'nah, upah'. OR in the other situations such as 'million $$ under the handshake' and 'i don't want this car anymore. u can keep it'. nah! which one can be classify as bribe??



bribe is so subjective. a couple of months ago one of the managers from private sector had gives a speech to an event. and i was there. at the end of the event, i asked him about entertainment and bribe. can we classify entertainment as a bribe? it is difficult to differentiate because the use of entertainment in corporate culture is very common. he said 'as long as it's not against your belief and u still can sleep in the night, it is okay to give or receive. but i still keep on thinking it is wrong. i don't know. it is just opinion for my first thought.



guys. come on. back to the basic. back to our religion, belief system, culture, and ethics. as long as we still hold tight on 5 pillar of life:

1. safeguarding faith

2. safeguarding life

3. safeguarding intellect

4. safeguarding posterity

5. safeguarding property



and the most important think we know the purpose of our life....i think it could assist us in our life to be ethical legally and morally.



as long as what you are doing is under your job responsibility, and you are being paid for the job that you performed by your employer, you must not to take anything from someone else for your own interest, to smoothness their transaction or occupation (or any term else which is considered base on situation). but somehow, the gift should be disclose in financial statement by some company. it's required in FRS (i will check it again and come up with reference).



we are not talking about corporate governance. but we are talking about governing our self, as a human. corporate is just a dead party which is organize by human that make all the policy. at the end of the day they also make corruption.



bribe is prohibited in Islam so do to the other religion and belief. all human are subjected to this fact. but yet, a lot of people make bribe as their 'culture'. we as a new generation should take this as our responsibility to make a change to this culture. it is not only for our self, but also for the sake of people who is still live in poverty. I am as a young generation will accept any build comments from the outside.



here i would like to thank to the person who initiate the human governance policy in this region, Prof Dr. Arfah Salleh, dean of GSM and her writing partner YB Prof Dr. Aziuddin Ahmad also from GSM UPM for the knowledge shared.



please feel free to google these 2 famous Human Governance people.


think about this

Thursday, March 10, 2011

::: perancangan budget kawen :::

hello3....!! uolz ni adalah perbincangan kawen suka2 oleh budak kelas aku. malu nk hupload kt fesbuk..haha..sebab nanti kene ngutuk aih gatai sangat muda2 da bincang kawen....

1 of all before kawen mestilah ada perancangan yang baik. paling penting adalah perbelanjaan nk kawen tu. dari makan, andaman, sampailah kekasut..

and actually, list ni bukanlah details yang sebenar..kos berubah-ubah mengikut keperluan tempat, keadaan semasa dan paling penting citarasa uols....

discussion ni melibatkan pihak lelaki (bakal menanggung sedikit sebanyak kos melalui wang hantaran. dan of cos laa diorang nk yg murah je. hello lelaki2 diluar sana...jangan bedekut sangat taw keluar dwet..kawen skali seumur hidup..haha..ni ayat cik eiyda...

pada aku mahal atau x bergantung pada rupa majlis korang tu. besar-besaran kah??? kecil-kecilankah???? hotel kah????? yang penting aku x maw kawen pakai loan..biarlah majlis simple..sebab pada aku xde keberkatan perkahwinan tu kalau berlandaskan HUTENG...

nanti kalau ada anak, nk beli kereta, rumah..berlonggok-longgok uols hutang tu..biar bersederhana asalkan bahagia....

waahhh...!!! cakap..senanglah..belum nak kawen...nanti kalau da time nak kawen entah kan mahu entahkan tidak..entah2 kambing 10 ekoq ni kene panggang..huhuhu...neway. jom kita tengok belanja kawe paling badget. perbezaan antara negeri2 selatan dan sebelah timur....

ayuh..!!


yg ni aku dapat dr majalah ratu sehari si misha punya. random jer. x ingat sangat..dan x menyalin..so aku apply laa dlm discussion ni...aku dan nija. sama2 budak johor..erk?? total cost = +-RM30,000.00


ni hasil kajian yani and sham....gedang gedang aku teyr mu..haha..aku pon xpaham :P total cost = +-RM 6,800
dan bawah ni adalah lelaki2 yg di reject. shuh..!!






aku dan aniza...hihi...

laa ni memang ramai kawan2 aku yang nak melangsungkan perkahwinan.. TAHNIAH buat mereka. apa yang paling penting bagi sesebuah perkahwinan adalah, bukan kemeriahan sesuatu majlis menjadi ukuran. bukan kemewahan majlis yang menjadi kebanggaan. tak perlu pening2 sampai stress botak2 kepala fikir majlis kawen. apa yang anda perlu ambil berat dan titik beratkan dan sangat2 perlu ambil perhatian adalah, TANGGUNGJAWAB selepas kawen. tanggungjawap sebagai isteri/suami ; sebagai anak ; sebagai ibu/bapa kepada anak2...

doaku kepada kawan2 semua, semoga perkahwinan yang uolz idamkan menjadi kenyataan. perkahwinan yang bahagia dan harmoni, serta kekal abadi.

p/s: blog ini ditulis buat tatapan Hakimi, Syed, Amar, Lim.huhu...

Sunday, February 27, 2011

note

mengadu pada tuhan lebih baik dari mengadu kepada manusia
sekurang-kurangnya
pekung tak nampak, aib tak terbuka



mengubat hati lebih baik dengan menangis dari ketawa.
kerana ketawa itu pura-pura
air mata mengalir bersama derita


cc : hairie

Thursday, February 24, 2011

dinner dress. not a stress




Bila kita ingin memiliki sesuatu, mesti la kita nak cari yang cantik kan? Yang sangat sesuai atau secocok dengan kita. Yang boleh buat kita rasa puas dan tersenyum indah bila memilikinya. Ha..! sama lah dengan kes baju dinner yang aku cari untuk dinner nanti. Sabtu dua minggu lepas. Puas lah aku berjalan sejalan TAR tu untuk cari baju. Konon laa nak nampak glamorous sesuai dengan tema ‘red carpet’. Cewah. Cam artis laa pulak!

Eish.. memang lah I artis. Artis masa semester 4 dulu. Kih3…. X percaya?? Tanya lah student Dr Azhar. Eh balik crita baju tadi.

Selepas satu kedai, pegi lagi satu kedai. Lagi satu. Satu dan satu. Err.. semuanya x kena dengan citarasa aku. Cantik! Memang cantik. Tapi aku ni rendang. Pakai jubah caftan yang labuh tu, nampak kan aku lagi rendang dan renek! Harga pun boleh tahan. Telan ayaq liouq haku..

Sampai lah aku tersentap tengok jubah kat satu kedai ni. Alahai….. memang meletop cun habes laa wa cakap lu…. Tapi harga dia boleh buat haku pengsan. Sebagai budak belajar lagi RM200 tu tersangat laaa maheynye ceknon…! Kalau org yg da kerja pun 100 kali pikey laa nak membelinye….. X kuasa aku nak beli baju semahal tu untuk 1 malam. JANGAN MEMBAZIR!

Sampai laa da dekat jam 4 pm. Aahh.. x buleh jadi ni. Semua kawan2 da dapat baju. Singgah loah SOGO. Err…. Sini pun xde yang menepati selera aku even cantik amat laa baju-baju dia..
Pulangah aku dengan tangan kosong.

Next week. Aku keluar dengan Misha, Wawa dan Bob. Waaahhh… sampai-sampai je Mines, aku terus nampak 1 baju ni. Aku bekenan. Aku x dulik. Aku nak jugak..! da try memang seswaiiiii la nyah. Sebab baju tu kiut. Kalau aku pakai bertambah kuit. Alahai…tapi ade laa sikit dalam hati nak- xnak. Sebab, aku rasa macam ada lagi yang lebih cantek. Nak ke x..?? nak ke x..??? err…kejap. Tapi da minat-

Tengok RM. Uhuk2…. 10 kali batok. Patot pon cantek. Ahh.. aku mesti cari dengan harga yang murah. Tapi baju yang sama.. err.. ada ke??? Aahh.. kalau aku nak, nak jugak..! mesti cari sampai dapat. Pusing-pusing-pusing-dan terus pusing-

Betul lah kata orang. Baju yg serupa. Kalau da jodoh x kemana. Aku jumpa dengan $$$$$$ berkali ganda lagi murah dari harga asal kedai mula-mula aku pergi. Cuma, kedai ni x display baju tu. Die duk ronyok kt tempat tersorok. Alaa… kalau da di gosok mesti cun kan. ala..kadang sipenjual ni saja je letak harga tinggi gaban. u oll kena lah pandai-pandai cari dengan RM yg murah. MAHAL X SEMESTINYA CUN. CUN X SEMESTINYA SESUAI. SESUAI MESTILAH SELESA......

Tak sabar aku nak tunggu dinner Stary-stary Night Accounting. Waaahhh….!!! Jom dating skarang~

Macam tu juga laa kalau mencari pasangan. Kalau terlalu memilih yang cantik, kadang kita x kan bertemu yang paaliinnggg cantik. Sebab manusia, asalnya memang x pernah puas dengan apa yang ada.. sekali bila kamu dapat, tawanlaah hatinya. Biar pun pelbagai halangan melintang. Kalau sungguh da suka. Pasti ada jalan untuk dapatkannya. Macam tu juga lah aku dengan Matno. Walaupun dulu aku suka-x suka. Dan ya.. dia bukanlah satu-satunya kawan yang aku ada. Tapi da berkenan. Sebab dia kawan yang baik dan sporting. Siap beli buku ‘the guideline 5 stages of dating’ wwooooo…hahaha… aku da bagi tau dia pun. Dia gelak aku..! ceh…

Saturday, February 19, 2011

China Dolls vs AIG Insurance

lets review what i've done today;

China Dolls; actually masih xde sufficient evidence mengenai dis company (formerly known as Haute Couture Fashion Bhd). dan adakah dat particular China Doll itu adalah company HCF? kalau nak kata case ini dibuat-buat sangat lah mustahil sebab ianya issued by MIA (Malaysian Institute of Accountant). hm..but then i could say yang company ni mahukan privacy kot? yang penting selepas financial crisis 2008 tu, tiada maklumat sahih mengenai syarikat ini. actually xde pon dalam case yg di publish tu cerita pasal financial crisis. cuma aku menggunakan daya imaginasi yg tinggi mengaitknnya coz, financial position 2008 jatuh agak teruk juga.

aku nak cerita pasal china Doll kah?

tidak....

aku nak cerita pasai financial crisis tuh. AIG Insurance. pernah x u all tahu ttg company ni? paling-paling x pun 'eh macam familiar jer...' kan..
AIG is one of the trigger dat cause the financial crisis. yes. it's true. search laa mana-mana pun. google, yahoo, baidu or watsoever, u will find the case about AIG.

apa salah AIG ni???

AIG x salah. tapi individu yang menggerakkan AIG itu sendiri. mana-mana bank lah; die punye staff yg called financial advisor, financial consultant, bank agent, or watsoever nama2 jawatan yang job descriptionnya sama, they will get paid by selling their retail products like, mortgage, unit trust, credit card, loan and watsoever tu lah.

then becos of dat particular contract 'reward based system' culture, its encourage the myopic behavior among its managers and employees. maknanya, diorang tuh bermotivasi untuk short term period jer than utk kepentingan jangka pendek. leads to make wrong decision making.

so depa ni hak duk laa jual-jual-jual-dan jual product untuk dapatkan $$,$$$,$$$.$$. depa jual juga na kt subprime customer ni (non-regular client yang membuat pinjaman/beli product/berhutang dengan bank) dengan tiada good contolllllll. means dat, sapa2 je la buleh buat duit. xkesahlah pendapatan rendah or watsoever..... tuh..

salah ke??????

salah! memang salah. even nak tolong org berpendapatan rendah kononnye, tapi dalam masa yg sama memberi kesan kpd 1 dunia. 1 dunia ok...especially mana2 institusi kewangan yang ada kaitan dengan AIG ni (bank pinjam duit bank lain).

dalam perbankan Islam pula (based on Syariah), sapa2 nak buat $$$ dengan bank (loan dan sebagainya) mestilah bersandarkan pada 'sesuatu'. sesuatu itu seperti aset. bukan create duit dengan suka2. print-print-print dan print duit.

muncullah zaman kegemilangan perbankan Islam laa ni... pertumbuhan yang sangat pesat! dasat! smua negara nk jadi hub bank Islam. including Singapore. alahai...... nak juga. tapi untuk pengetahuan semua, Malaysia bumi cinta ini lah yang mula mengembangkan perbankan Islam. (mula mengembang bukan mula memperkenalkan). dasat kan.

lagi dasat!
dan lagi-lagi-lagi dasat rupanya bank Islam ni xde lah banyak sangat dapat keuntungan dari service dia. compared tu convensional bank, profit mmg sangat rendah (proved). tapi atas dasar Fardhu Kifaya itulah dia dapat me 'neutral' kan balik masalah kewangan dunia tadi yg disebabkan oleh bank2 barat sana tuh....

-bangga kan-

ok lah. rasanya sampai sini dulu. maw lukis katun theory of accounting.  perbincangan akan bersambung kemudian. sebelum tu, mahu mengingatkan diri saya dan kawan-kawan semua, yang seagama especially, make sure nak buat loan or watsoever mesti ada ini taw;



Thursday, February 17, 2011

aku bengang

series aku bengang!
aku bengang giler dengan diri aku yang entah apa-apa jer.
belajar da empat tahun
tapi basic finance pon aku x ingat
selama ni belajar cam haram siang malam setadi

argh.. tensen !

yang aku pelik tuh, part susah susah laju je nak mengira. ini part senang.
macamana nak evaluate investment

aku tahu la pakai NPV dengan IRR

kira NPV and IRR aku tahu.

but then ada lagi 1 yang aku rasa x occupied lagi. apa benda tuh...!!!

xkan aku nak google 'other than NPV and IRR to evaluate investment'. yang keluar bukan yang haku nak.

aahhh..tensen lagi




to those yang ,asih di tahun satu di universiti, kolej atau mana lah kamu belajar,
please avoid this kind of mentality problem. ini namanya, theory masalahbudakfinalyear :::

Sunday, February 13, 2011

apa aku nak jadi???

saya lebih suka jadi business consultant dari jadi accountant. accountant kurang produktif-yg ada hanyalah accountability-



kerja menghadap komputer-calculator dalam bilik yang sunyi. menelek nombor dan nombor dan nombor. x critical langsung otak aku berfikir. lain lah kalau haku yg jadi boss. da bosan sebab org bagi arahan!


seronok.kerja ramai-ramai.seronok sebab orang kena dengar cakap haku!! haha... lagipun kena berfikir dengan sangat critical..

REMINDER TO ALL FUTURE ACCOUNTANT, AUDITOR, OR RELATED PARTIES TO ACCOUNTING AND FINANCE

Al-Baqara
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, samada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya dan adakanlah saksi apabila kamu berjual beli dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. / (282)

kopipes dari Quran Explorer

Saturday, February 12, 2011

sepagi cerita negara

malu mengaku tapi itulah hakikat

bukanlah mahu berpolitik disini tetapi mengambil tahu apa yang berlaku.
Tun Mahathir merupakan salah seorang pemimpin yg sangat digeruni taringnya. dari zaman pimpinan beliau (16 Julai 1981-31 Oktober 2003)klik sehinggalah hari ini. consistent dengan isu yang sama sebelum beliau menjadi menteri sehingga kini. hanya beliau seorang pemimpin yang berani bersuara secara terbuka isu keutamaan hak bumiputera. sila klik sini (berita harian 13 feb 2011) dan surat terbuka Tun M kpd Tunku Abdul Rahman Putra sini lagi2 sini..

jujur aku katakan. sewaktu menulis ini, aku pun takut. takut tersalah atau terlanjur tulis. mahu aku jadi tahanan ISA nanti! tapi dalam hati aku mengakui, ketakutan itulah yang membuatkan kita semakin terhakis kepentingannya. semakin banyak keistimewaan yang tidak lagi istimewa.

ingin bersuara. tapi cetek ilmu diidada, aku hanya mampu bisik-bisik belakang bersama teman-teman sebilik. kekecewaan terhadap sikap 'sporting' seperti ini.

aku mahu bersuara, tapi takut. ya. TAKUT...

dalam masa yang sama, aku yakin. dalam ramai teman-teman di bumi cinta ini ada yang berani. seberani Tun Mahathir. cuma, suara mereka tersekat. pendapat mereka dikawal ketat. kerana mereka bukanlah siapa-siapa. bila ada pemimpin/bekas pemimpin pelajar yg boleh bersuara, mereka tidak ambil peduli. inilah trend pelajar universiti yang..




..giler glamerkah?

::aku rindukan perasaan bangga sewaktu di bawah pimpinan beliau::

~sand art~

video

Friday, February 11, 2011

::sekadar dipinggiran::

tak kena langsung tajuk aku ni!

ni aku dapat dari page seorg teman facebook. dia adalah seorang penulis yg baik, dan pembaca yang consistent. penulisan beliau pernah masuk akhbar berita harian tetapi telah di "edit" mungkin kerana menyentuh soal politik, atau segala bagai yg tidak diketahui sebabnya. tahulah aku, media bukan tempat terbaik rakyat bersuara. media BUKAN SUARA RAKYAT!!

oh ya. berbalik tujuan asal. untuk mereka2 yg tidak percaya Illuminati anda boleh baca dari http://www.facebook.com/notes/hamka-kereta-mayat/teori-konspirasi-itu-bodoh/457829184783

dan utk mereka yg mengikuti perkembangan cerita2 begini, sila refer  www.mistisfiles.blogspot.com

percaya atau tidak, bukan lah persoalannya. sekurang-kurangnya buka mata. ambil tahu perkara yang berlaku disekeliling kita.

teori konspirasi segala bagai, mungkin satu kebetulan, khayalan, atau kebenaran. aku? setakat ini mengikuti utk ambil pedoman.

aku percaya yang Yahudi Laknatullah itu pasti menerima kehancuran maha dasyat dari Allah SWT..

yang penting adalah, kukuhkan benteng diri. ambil yg baik sebagai panduan, yg buruk sebagai pedoman..kerana Allah lebih mengetahui..

Q33 NY

i just got this from a friend.

1. open your microsoft word
2. type Q33 NY
3. tukar font kpd size 48, windings 
4. sila perhatikan betul2.
     wallahualam~

some people kata ni nombor pesawat yg hit the WTC tower pd 11/9 dulu. ada juga sesetengah blogger kata ni hanya spekulasi setelah microsoft office ade huruf windings microsoft office window 3.1 dan microsoft menyangkal speculasi tersebut sangat2.

"mereka" ni penuh muslihat (xmahu memanggil mereka bijak walaupun fakta adalah benar). dalam cerita Green Zone, SALT, Burried dan banyak lagi. motif mereka mendedahkan 1 per 1 muslihat yg mereka buat. ya. sangat sakit hati bila tahu betapa maruah kita di injak-injak begitu. memutar-belitkan fakta. tepuk dada tanya selera!

ramai anak muda kita yang hebat-hebat di bumi cinta ini. sekiranya di padu tenaga, pasti kita dikenal dunia. hayati setiap perkara yg berlaku dalam kehidupan seharian. mencari kekurangan. atasi dengan kekuatan. pasti kita mampu "change the world, save the world"

Wednesday, February 9, 2011

~5 pillars as guidance in life~

to preserve the faith
to preserve the life
to safeguard intellect
to safeguard posterity
to safeguard wealth

with love we live, love our life

~muhasabah diri~

aku bukanlah orang yang hebat untuk utarakan buah fikiran yg boleh diperdebatkan. aku adalah orang yang tahu, ingin berkongsi bersama mereka yang tidak tahu.
aku bukanlah si tualang yg berdirinya tegak tinggi, tetapi hanya sirenek yg tumpang berteduh.

ikan 3 rasa

waa...
nampak sedapkan. ni laa ikan masak 3 rasa yg aku donlod. rupa asalnye begini la. sebelum ni x pernah la aku masak menu ni. sampai la hari jumaat 28 jan yg lepas. meh i share dgn u ols..


potong2 bawang-timon-tomato-carrot-nenas. ni utk bagi cantek jer..


goreng ikan dulu. untuk x melekat kt kuali, bg kuali sangat panas, masuk kan garam dan asam keping. lepas tuh masuk la ikan~


untuk dapat hasil mcm ni, tumis bawang putih (2biji ketuk dulu ye.xya potong. xstyle =P)dan cili giling 3sudu.


then tambah sos tomato (sos cili lagi sedap), sos tiram sesudu, tomato puri 2 sudu. lepas mendidih masuk garam sikit, gula sikit. air asam..err..agak2 klu jawa tu letak la sikit..(sikit tu secukup rasa la maksudnya).


masukkan bahan2 potong tadi. tunggu sehingga masak.
akhir sekali curah atas ikan. siap untuk dihidang..ni laa rupa ikan haku..huduh sikit la. sebab 1st time masak ramai-ramai.


tankz to misha, bob n wawa...

Tuesday, February 8, 2011

~bakat tersimpan aku~

ni la hobi aku yang jarang-jarang aku praktis. sesekali. bila tiba2 mood datang. 2 jam berlalu pun aku x perasan kalau da menghadap pensil dan kertas. model ni kanak2 yang comel suatu masa dulu. sekarang, brader yang macho..sila jgn tenung lama2..!!haha



original


copipes

my b ; my blog ; b for blog

this is my first writing.hehe. i was inspired by my cosmate yang sumenye gilerz bloging. siang pagi petang malam blog saje.. rase jeles la juge sebab smue blog shangat chantek-chantek.... (^.^) sila beri tunjuk ajar ye kawan2..
last but not least, enjoy visiting my b.. =)