Sunday, February 27, 2011

note

mengadu pada tuhan lebih baik dari mengadu kepada manusia
sekurang-kurangnya
pekung tak nampak, aib tak terbuka



mengubat hati lebih baik dengan menangis dari ketawa.
kerana ketawa itu pura-pura
air mata mengalir bersama derita


cc : hairie

Thursday, February 24, 2011

dinner dress. not a stress




Bila kita ingin memiliki sesuatu, mesti la kita nak cari yang cantik kan? Yang sangat sesuai atau secocok dengan kita. Yang boleh buat kita rasa puas dan tersenyum indah bila memilikinya. Ha..! sama lah dengan kes baju dinner yang aku cari untuk dinner nanti. Sabtu dua minggu lepas. Puas lah aku berjalan sejalan TAR tu untuk cari baju. Konon laa nak nampak glamorous sesuai dengan tema ‘red carpet’. Cewah. Cam artis laa pulak!

Eish.. memang lah I artis. Artis masa semester 4 dulu. Kih3…. X percaya?? Tanya lah student Dr Azhar. Eh balik crita baju tadi.

Selepas satu kedai, pegi lagi satu kedai. Lagi satu. Satu dan satu. Err.. semuanya x kena dengan citarasa aku. Cantik! Memang cantik. Tapi aku ni rendang. Pakai jubah caftan yang labuh tu, nampak kan aku lagi rendang dan renek! Harga pun boleh tahan. Telan ayaq liouq haku..

Sampai lah aku tersentap tengok jubah kat satu kedai ni. Alahai….. memang meletop cun habes laa wa cakap lu…. Tapi harga dia boleh buat haku pengsan. Sebagai budak belajar lagi RM200 tu tersangat laaa maheynye ceknon…! Kalau org yg da kerja pun 100 kali pikey laa nak membelinye….. X kuasa aku nak beli baju semahal tu untuk 1 malam. JANGAN MEMBAZIR!

Sampai laa da dekat jam 4 pm. Aahh.. x buleh jadi ni. Semua kawan2 da dapat baju. Singgah loah SOGO. Err…. Sini pun xde yang menepati selera aku even cantik amat laa baju-baju dia..
Pulangah aku dengan tangan kosong.

Next week. Aku keluar dengan Misha, Wawa dan Bob. Waaahhh… sampai-sampai je Mines, aku terus nampak 1 baju ni. Aku bekenan. Aku x dulik. Aku nak jugak..! da try memang seswaiiiii la nyah. Sebab baju tu kiut. Kalau aku pakai bertambah kuit. Alahai…tapi ade laa sikit dalam hati nak- xnak. Sebab, aku rasa macam ada lagi yang lebih cantek. Nak ke x..?? nak ke x..??? err…kejap. Tapi da minat-

Tengok RM. Uhuk2…. 10 kali batok. Patot pon cantek. Ahh.. aku mesti cari dengan harga yang murah. Tapi baju yang sama.. err.. ada ke??? Aahh.. kalau aku nak, nak jugak..! mesti cari sampai dapat. Pusing-pusing-pusing-dan terus pusing-

Betul lah kata orang. Baju yg serupa. Kalau da jodoh x kemana. Aku jumpa dengan $$$$$$ berkali ganda lagi murah dari harga asal kedai mula-mula aku pergi. Cuma, kedai ni x display baju tu. Die duk ronyok kt tempat tersorok. Alaa… kalau da di gosok mesti cun kan. ala..kadang sipenjual ni saja je letak harga tinggi gaban. u oll kena lah pandai-pandai cari dengan RM yg murah. MAHAL X SEMESTINYA CUN. CUN X SEMESTINYA SESUAI. SESUAI MESTILAH SELESA......

Tak sabar aku nak tunggu dinner Stary-stary Night Accounting. Waaahhh….!!! Jom dating skarang~

Macam tu juga laa kalau mencari pasangan. Kalau terlalu memilih yang cantik, kadang kita x kan bertemu yang paaliinnggg cantik. Sebab manusia, asalnya memang x pernah puas dengan apa yang ada.. sekali bila kamu dapat, tawanlaah hatinya. Biar pun pelbagai halangan melintang. Kalau sungguh da suka. Pasti ada jalan untuk dapatkannya. Macam tu juga lah aku dengan Matno. Walaupun dulu aku suka-x suka. Dan ya.. dia bukanlah satu-satunya kawan yang aku ada. Tapi da berkenan. Sebab dia kawan yang baik dan sporting. Siap beli buku ‘the guideline 5 stages of dating’ wwooooo…hahaha… aku da bagi tau dia pun. Dia gelak aku..! ceh…

Saturday, February 19, 2011

China Dolls vs AIG Insurance

lets review what i've done today;

China Dolls; actually masih xde sufficient evidence mengenai dis company (formerly known as Haute Couture Fashion Bhd). dan adakah dat particular China Doll itu adalah company HCF? kalau nak kata case ini dibuat-buat sangat lah mustahil sebab ianya issued by MIA (Malaysian Institute of Accountant). hm..but then i could say yang company ni mahukan privacy kot? yang penting selepas financial crisis 2008 tu, tiada maklumat sahih mengenai syarikat ini. actually xde pon dalam case yg di publish tu cerita pasal financial crisis. cuma aku menggunakan daya imaginasi yg tinggi mengaitknnya coz, financial position 2008 jatuh agak teruk juga.

aku nak cerita pasal china Doll kah?

tidak....

aku nak cerita pasai financial crisis tuh. AIG Insurance. pernah x u all tahu ttg company ni? paling-paling x pun 'eh macam familiar jer...' kan..
AIG is one of the trigger dat cause the financial crisis. yes. it's true. search laa mana-mana pun. google, yahoo, baidu or watsoever, u will find the case about AIG.

apa salah AIG ni???

AIG x salah. tapi individu yang menggerakkan AIG itu sendiri. mana-mana bank lah; die punye staff yg called financial advisor, financial consultant, bank agent, or watsoever nama2 jawatan yang job descriptionnya sama, they will get paid by selling their retail products like, mortgage, unit trust, credit card, loan and watsoever tu lah.

then becos of dat particular contract 'reward based system' culture, its encourage the myopic behavior among its managers and employees. maknanya, diorang tuh bermotivasi untuk short term period jer than utk kepentingan jangka pendek. leads to make wrong decision making.

so depa ni hak duk laa jual-jual-jual-dan jual product untuk dapatkan $$,$$$,$$$.$$. depa jual juga na kt subprime customer ni (non-regular client yang membuat pinjaman/beli product/berhutang dengan bank) dengan tiada good contolllllll. means dat, sapa2 je la buleh buat duit. xkesahlah pendapatan rendah or watsoever..... tuh..

salah ke??????

salah! memang salah. even nak tolong org berpendapatan rendah kononnye, tapi dalam masa yg sama memberi kesan kpd 1 dunia. 1 dunia ok...especially mana2 institusi kewangan yang ada kaitan dengan AIG ni (bank pinjam duit bank lain).

dalam perbankan Islam pula (based on Syariah), sapa2 nak buat $$$ dengan bank (loan dan sebagainya) mestilah bersandarkan pada 'sesuatu'. sesuatu itu seperti aset. bukan create duit dengan suka2. print-print-print dan print duit.

muncullah zaman kegemilangan perbankan Islam laa ni... pertumbuhan yang sangat pesat! dasat! smua negara nk jadi hub bank Islam. including Singapore. alahai...... nak juga. tapi untuk pengetahuan semua, Malaysia bumi cinta ini lah yang mula mengembangkan perbankan Islam. (mula mengembang bukan mula memperkenalkan). dasat kan.

lagi dasat!
dan lagi-lagi-lagi dasat rupanya bank Islam ni xde lah banyak sangat dapat keuntungan dari service dia. compared tu convensional bank, profit mmg sangat rendah (proved). tapi atas dasar Fardhu Kifaya itulah dia dapat me 'neutral' kan balik masalah kewangan dunia tadi yg disebabkan oleh bank2 barat sana tuh....

-bangga kan-

ok lah. rasanya sampai sini dulu. maw lukis katun theory of accounting.  perbincangan akan bersambung kemudian. sebelum tu, mahu mengingatkan diri saya dan kawan-kawan semua, yang seagama especially, make sure nak buat loan or watsoever mesti ada ini taw;



Thursday, February 17, 2011

aku bengang

series aku bengang!
aku bengang giler dengan diri aku yang entah apa-apa jer.
belajar da empat tahun
tapi basic finance pon aku x ingat
selama ni belajar cam haram siang malam setadi

argh.. tensen !

yang aku pelik tuh, part susah susah laju je nak mengira. ini part senang.
macamana nak evaluate investment

aku tahu la pakai NPV dengan IRR

kira NPV and IRR aku tahu.

but then ada lagi 1 yang aku rasa x occupied lagi. apa benda tuh...!!!

xkan aku nak google 'other than NPV and IRR to evaluate investment'. yang keluar bukan yang haku nak.

aahhh..tensen lagi




to those yang ,asih di tahun satu di universiti, kolej atau mana lah kamu belajar,
please avoid this kind of mentality problem. ini namanya, theory masalahbudakfinalyear :::

Sunday, February 13, 2011

apa aku nak jadi???

saya lebih suka jadi business consultant dari jadi accountant. accountant kurang produktif-yg ada hanyalah accountability-



kerja menghadap komputer-calculator dalam bilik yang sunyi. menelek nombor dan nombor dan nombor. x critical langsung otak aku berfikir. lain lah kalau haku yg jadi boss. da bosan sebab org bagi arahan!


seronok.kerja ramai-ramai.seronok sebab orang kena dengar cakap haku!! haha... lagipun kena berfikir dengan sangat critical..

REMINDER TO ALL FUTURE ACCOUNTANT, AUDITOR, OR RELATED PARTIES TO ACCOUNTING AND FINANCE

Al-Baqara
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, samada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya dan adakanlah saksi apabila kamu berjual beli dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. / (282)

kopipes dari Quran Explorer

Saturday, February 12, 2011

sepagi cerita negara

malu mengaku tapi itulah hakikat

bukanlah mahu berpolitik disini tetapi mengambil tahu apa yang berlaku.
Tun Mahathir merupakan salah seorang pemimpin yg sangat digeruni taringnya. dari zaman pimpinan beliau (16 Julai 1981-31 Oktober 2003)klik sehinggalah hari ini. consistent dengan isu yang sama sebelum beliau menjadi menteri sehingga kini. hanya beliau seorang pemimpin yang berani bersuara secara terbuka isu keutamaan hak bumiputera. sila klik sini (berita harian 13 feb 2011) dan surat terbuka Tun M kpd Tunku Abdul Rahman Putra sini lagi2 sini..

jujur aku katakan. sewaktu menulis ini, aku pun takut. takut tersalah atau terlanjur tulis. mahu aku jadi tahanan ISA nanti! tapi dalam hati aku mengakui, ketakutan itulah yang membuatkan kita semakin terhakis kepentingannya. semakin banyak keistimewaan yang tidak lagi istimewa.

ingin bersuara. tapi cetek ilmu diidada, aku hanya mampu bisik-bisik belakang bersama teman-teman sebilik. kekecewaan terhadap sikap 'sporting' seperti ini.

aku mahu bersuara, tapi takut. ya. TAKUT...

dalam masa yang sama, aku yakin. dalam ramai teman-teman di bumi cinta ini ada yang berani. seberani Tun Mahathir. cuma, suara mereka tersekat. pendapat mereka dikawal ketat. kerana mereka bukanlah siapa-siapa. bila ada pemimpin/bekas pemimpin pelajar yg boleh bersuara, mereka tidak ambil peduli. inilah trend pelajar universiti yang..




..giler glamerkah?

::aku rindukan perasaan bangga sewaktu di bawah pimpinan beliau::

~sand art~

video

Friday, February 11, 2011

::sekadar dipinggiran::

tak kena langsung tajuk aku ni!

ni aku dapat dari page seorg teman facebook. dia adalah seorang penulis yg baik, dan pembaca yang consistent. penulisan beliau pernah masuk akhbar berita harian tetapi telah di "edit" mungkin kerana menyentuh soal politik, atau segala bagai yg tidak diketahui sebabnya. tahulah aku, media bukan tempat terbaik rakyat bersuara. media BUKAN SUARA RAKYAT!!

oh ya. berbalik tujuan asal. untuk mereka2 yg tidak percaya Illuminati anda boleh baca dari http://www.facebook.com/notes/hamka-kereta-mayat/teori-konspirasi-itu-bodoh/457829184783

dan utk mereka yg mengikuti perkembangan cerita2 begini, sila refer  www.mistisfiles.blogspot.com

percaya atau tidak, bukan lah persoalannya. sekurang-kurangnya buka mata. ambil tahu perkara yang berlaku disekeliling kita.

teori konspirasi segala bagai, mungkin satu kebetulan, khayalan, atau kebenaran. aku? setakat ini mengikuti utk ambil pedoman.

aku percaya yang Yahudi Laknatullah itu pasti menerima kehancuran maha dasyat dari Allah SWT..

yang penting adalah, kukuhkan benteng diri. ambil yg baik sebagai panduan, yg buruk sebagai pedoman..kerana Allah lebih mengetahui..

Q33 NY

i just got this from a friend.

1. open your microsoft word
2. type Q33 NY
3. tukar font kpd size 48, windings 
4. sila perhatikan betul2.
     wallahualam~

some people kata ni nombor pesawat yg hit the WTC tower pd 11/9 dulu. ada juga sesetengah blogger kata ni hanya spekulasi setelah microsoft office ade huruf windings microsoft office window 3.1 dan microsoft menyangkal speculasi tersebut sangat2.

"mereka" ni penuh muslihat (xmahu memanggil mereka bijak walaupun fakta adalah benar). dalam cerita Green Zone, SALT, Burried dan banyak lagi. motif mereka mendedahkan 1 per 1 muslihat yg mereka buat. ya. sangat sakit hati bila tahu betapa maruah kita di injak-injak begitu. memutar-belitkan fakta. tepuk dada tanya selera!

ramai anak muda kita yang hebat-hebat di bumi cinta ini. sekiranya di padu tenaga, pasti kita dikenal dunia. hayati setiap perkara yg berlaku dalam kehidupan seharian. mencari kekurangan. atasi dengan kekuatan. pasti kita mampu "change the world, save the world"

Wednesday, February 9, 2011

~5 pillars as guidance in life~

to preserve the faith
to preserve the life
to safeguard intellect
to safeguard posterity
to safeguard wealth

with love we live, love our life

~muhasabah diri~

aku bukanlah orang yang hebat untuk utarakan buah fikiran yg boleh diperdebatkan. aku adalah orang yang tahu, ingin berkongsi bersama mereka yang tidak tahu.
aku bukanlah si tualang yg berdirinya tegak tinggi, tetapi hanya sirenek yg tumpang berteduh.

ikan 3 rasa

waa...
nampak sedapkan. ni laa ikan masak 3 rasa yg aku donlod. rupa asalnye begini la. sebelum ni x pernah la aku masak menu ni. sampai la hari jumaat 28 jan yg lepas. meh i share dgn u ols..


potong2 bawang-timon-tomato-carrot-nenas. ni utk bagi cantek jer..


goreng ikan dulu. untuk x melekat kt kuali, bg kuali sangat panas, masuk kan garam dan asam keping. lepas tuh masuk la ikan~


untuk dapat hasil mcm ni, tumis bawang putih (2biji ketuk dulu ye.xya potong. xstyle =P)dan cili giling 3sudu.


then tambah sos tomato (sos cili lagi sedap), sos tiram sesudu, tomato puri 2 sudu. lepas mendidih masuk garam sikit, gula sikit. air asam..err..agak2 klu jawa tu letak la sikit..(sikit tu secukup rasa la maksudnya).


masukkan bahan2 potong tadi. tunggu sehingga masak.
akhir sekali curah atas ikan. siap untuk dihidang..ni laa rupa ikan haku..huduh sikit la. sebab 1st time masak ramai-ramai.


tankz to misha, bob n wawa...

Tuesday, February 8, 2011

~bakat tersimpan aku~

ni la hobi aku yang jarang-jarang aku praktis. sesekali. bila tiba2 mood datang. 2 jam berlalu pun aku x perasan kalau da menghadap pensil dan kertas. model ni kanak2 yang comel suatu masa dulu. sekarang, brader yang macho..sila jgn tenung lama2..!!haha



original


copipes

my b ; my blog ; b for blog

this is my first writing.hehe. i was inspired by my cosmate yang sumenye gilerz bloging. siang pagi petang malam blog saje.. rase jeles la juge sebab smue blog shangat chantek-chantek.... (^.^) sila beri tunjuk ajar ye kawan2..
last but not least, enjoy visiting my b.. =)