Saturday, February 12, 2011

sepagi cerita negara

malu mengaku tapi itulah hakikat

bukanlah mahu berpolitik disini tetapi mengambil tahu apa yang berlaku.
Tun Mahathir merupakan salah seorang pemimpin yg sangat digeruni taringnya. dari zaman pimpinan beliau (16 Julai 1981-31 Oktober 2003)klik sehinggalah hari ini. consistent dengan isu yang sama sebelum beliau menjadi menteri sehingga kini. hanya beliau seorang pemimpin yang berani bersuara secara terbuka isu keutamaan hak bumiputera. sila klik sini (berita harian 13 feb 2011) dan surat terbuka Tun M kpd Tunku Abdul Rahman Putra sini lagi2 sini..

jujur aku katakan. sewaktu menulis ini, aku pun takut. takut tersalah atau terlanjur tulis. mahu aku jadi tahanan ISA nanti! tapi dalam hati aku mengakui, ketakutan itulah yang membuatkan kita semakin terhakis kepentingannya. semakin banyak keistimewaan yang tidak lagi istimewa.

ingin bersuara. tapi cetek ilmu diidada, aku hanya mampu bisik-bisik belakang bersama teman-teman sebilik. kekecewaan terhadap sikap 'sporting' seperti ini.

aku mahu bersuara, tapi takut. ya. TAKUT...

dalam masa yang sama, aku yakin. dalam ramai teman-teman di bumi cinta ini ada yang berani. seberani Tun Mahathir. cuma, suara mereka tersekat. pendapat mereka dikawal ketat. kerana mereka bukanlah siapa-siapa. bila ada pemimpin/bekas pemimpin pelajar yg boleh bersuara, mereka tidak ambil peduli. inilah trend pelajar universiti yang..




..giler glamerkah?

::aku rindukan perasaan bangga sewaktu di bawah pimpinan beliau::

No comments:

Post a Comment