Bila kita ingin memiliki sesuatu, mesti la kita nak cari yang cantik kan? Yang sangat sesuai atau secocok dengan kita. Yang boleh buat kita rasa puas dan tersenyum indah bila memilikinya. Ha..! sama lah dengan kes baju dinner yang aku cari untuk dinner nanti. Sabtu dua minggu lepas. Puas lah aku berjalan sejalan TAR tu untuk cari baju. Konon laa nak nampak glamorous sesuai dengan tema ‘red carpet’. Cewah. Cam artis laa pulak!
Eish.. memang lah I artis. Artis masa semester 4 dulu. Kih3…. X percaya?? Tanya lah student Dr Azhar. Eh balik crita baju tadi.
Selepas satu kedai, pegi lagi satu kedai. Lagi satu. Satu dan satu. Err.. semuanya x kena dengan citarasa aku. Cantik! Memang cantik. Tapi aku ni rendang. Pakai jubah caftan yang labuh tu, nampak kan aku lagi rendang dan renek! Harga pun boleh tahan. Telan ayaq liouq haku..
Sampai lah aku tersentap tengok jubah kat satu kedai ni. Alahai….. memang meletop cun habes laa wa cakap lu…. Tapi harga dia boleh buat haku pengsan. Sebagai budak belajar lagi RM200 tu tersangat laaa maheynye ceknon…! Kalau org yg da kerja pun 100 kali pikey laa nak membelinye….. X kuasa aku nak beli baju semahal tu untuk 1 malam. JANGAN MEMBAZIR!
Sampai laa da dekat jam 4 pm. Aahh.. x buleh jadi ni. Semua kawan2 da dapat baju. Singgah loah SOGO. Err…. Sini pun xde yang menepati selera aku even cantik amat laa baju-baju dia..
Pulangah aku dengan tangan kosong.
Next week. Aku keluar dengan Misha, Wawa dan Bob. Waaahhh… sampai-sampai je Mines, aku terus nampak 1 baju ni. Aku bekenan. Aku x dulik. Aku nak jugak..! da try memang seswaiiiii la nyah. Sebab baju tu kiut. Kalau aku pakai bertambah kuit. Alahai…tapi ade laa sikit dalam hati nak- xnak. Sebab, aku rasa macam ada lagi yang lebih cantek. Nak ke x..?? nak ke x..??? err…kejap. Tapi da minat-
Tengok RM. Uhuk2…. 10 kali batok. Patot pon cantek. Ahh.. aku mesti cari dengan harga yang murah. Tapi baju yang sama.. err.. ada ke??? Aahh.. kalau aku nak, nak jugak..! mesti cari sampai dapat. Pusing-pusing-pusing-dan terus pusing-
Betul lah kata orang. Baju yg serupa. Kalau da jodoh x kemana. Aku jumpa dengan $$$$$$ berkali ganda lagi murah dari harga asal kedai mula-mula aku pergi. Cuma, kedai ni x display baju tu. Die duk ronyok kt tempat tersorok. Alaa… kalau da di gosok mesti cun kan. ala..kadang sipenjual ni saja je letak harga tinggi gaban. u oll kena lah pandai-pandai cari dengan RM yg murah. MAHAL X SEMESTINYA CUN. CUN X SEMESTINYA SESUAI. SESUAI MESTILAH SELESA......
Tak sabar aku nak tunggu dinner Stary-stary Night Accounting. Waaahhh….!!! Jom dating skarang~
Macam tu juga laa kalau mencari pasangan. Kalau terlalu memilih yang cantik, kadang kita x kan bertemu yang paaliinnggg cantik. Sebab manusia, asalnya memang x pernah puas dengan apa yang ada.. sekali bila kamu dapat, tawanlaah hatinya. Biar pun pelbagai halangan melintang. Kalau sungguh da suka. Pasti ada jalan untuk dapatkannya. Macam tu juga lah aku dengan Matno. Walaupun dulu aku suka-x suka. Dan ya.. dia bukanlah satu-satunya kawan yang aku ada. Tapi da berkenan. Sebab dia kawan yang baik dan sporting. Siap beli buku ‘the guideline 5 stages of dating’ wwooooo…hahaha… aku da bagi tau dia pun. Dia gelak aku..! ceh…
No comments:
Post a Comment